Ahad, 22 September 2013
Pusat Rawatan CUTI pada 23/9/2013
Makluman. Pusat rawatan akan CUTI pada 23/9/2013 (ISNIN) dan akan beroperasi semula pada 24/9/2013(SELASA). Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan sila hadir pada hari SELASA tanpa perlu membuat temujanji. Terima kasih dan harap maklum.
Rabu, 18 September 2013
Memohon Sumbangan Rehal dan Kipas
Pihak kami amat mengalu alukan sumbangan dari pihak yang berminat. Buat masa ini, kami memerlukan rehal utk pengajian sebanyak 100 unit dan kipas berdiri 3 unit. Sila hubungi pihak kami utk sebarang pertanyaan
Rehal
Kipas
Ziarah Tn Guru Ustaz Abdul Majid Hasan (PENGASAS AKRINE)
Alhamdulillah, hari ini 18/9/2013 kami dari Nasrussyifa diizin Allah untuk menziarahi TN GURU kami Ustaz Abdul Majid Hasan pengasas Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE). Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada beliau diatas kesudian menerima kami. Untuk makluman, beliau merupakan guru yang mendidik perawat-perawat di Nasrussyifa dan banyak mencurahkan ilmu dalam bidang rawatan. Moga Allah memayungi rahmat keatas beliau.
Isnin, 16 September 2013
Majlis Zikir Mingguan (Setiap Sabtu) TERAPI JIWA, PERKUKUH IMAN
Pihak Pusat Rawatan Islam Nasrussyifa' akan mengadakan majlis zikir Mingguan setiap Sabtu. Setiap pesakit amat digalakan hadir dan orang ramai jemput bersama-sama di dalam majlis ini.
Aturcara Majlis
6:00pm - 7:00pm - Persediaan Solat Maghrib
7:30pm - 8:00pm - Solat Maghrib Berjemaah
8:00pm - 8:10pm - Solat Hajat
8:10pm - 8:45pm - Bacaan Surah Yassin dan Zikir
8:45pm - 9:00pm - Solat Isya Berjemaah
Moga di permudahkan Allah S.W.T dan mendapat kesembuhan dariNya InsyaAllah.
Jumaat, 13 September 2013
Ikhtiar Rawatan di Pusat Rawatan Nasrussyifa'
Antara ikhtiar rawatan di Pusat Rawatan Nasrussyifa' adalah seperti di bawah :
1) Rawatan Gangguan Makhluk Halus;
Saka, Sihir, Jin Tumpang, Jin Asyik, Jin Tempel, Buta
Selawang(akibat Sihir), Sihir Pemisah/Pembenci dsb.nya
2) Segala bentuk sakit fizikal spt ;
Sakit Denggi, Jantung, Demam, Ahmar, Gatal2 badan, Sakit
Asma, Buasir, Bt Karang, Kencing Manis, Darah Tinggi, Kayap
Ketumbuhan, Migrain, Gout, Resdung, Gastrik, Campak,
Mandul,Kolestrol,Darah Rendah, Koma, Sawan Tarik, Barah,
lumpuh, Sakit Dada, Kencing Malam, Sakit Sendi, Selsema,
Sakit Gigi, Bisa dll
3) Rawatan Sakit Emosi ;
Gila Meroyan, Nyanyuk, Penerang hati, Marah, Panas Baran,
Pelembut hati, Sukar Tidur Malam, Waswas, Lemah semangat,
Fobia, Sakit Jiwa, Sakit Rindu Trauma, latah dll.
4) Masalah rumah tangga ;
Gaduh suami isteri, Pembenci, Pemisah, Isteri/suami lari
Rumah, Kasihsayang dll.
5) Rawatan untuk anak2;
Nakal, Degil, Kencing Malam, Malas Belajar, Ketagihan, lari
rumah, dll.
Kita hanya ikhtiar, Allah adalah Penyembuh, Penawarnya
Kuliah Santau
Pusat Rawatan Islam Nasrussyifa akan mengadakan Kuliah Santau seperti berikut
Penceramah :Al Fadhil Ustaz Mohktar Kassan ( Pakar Rujuk Rawatan Santau DARUSSYIFA')
Tarikh : 14/09/2013
Masa : 7:30pm
Perhatian kepada peserta Kuliah Rantau Santau pada 14/09/2103 anda perlu mengikuti perkara berikut:
1) Datang pada awal waktu sebelum jam 7:30pm
2) Berpakaian baju Putih sebaiknya jubah putih
3) Bawa alat tulis/ buku nota
4) Yuran sebanyak RM50.00 perlu dibayar pada hari tersebut
5) Anda boleh membeli buku tulisan penceramah pada hri tersebut
Harap Maklum.
Ahad, 16 Jun 2013
Pengasas Pusat Rawatan Islam Nasrussyifa'
USTAZ ABU SALSABILA
Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Hj Nasri Bin Sarip merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam NasrusSyifa'.Beliau mendalami Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendalami pengajian Hadis di UKM. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Lembaga Zakat Selangor serta seorang pembimbing / pendakwah / penceramah bebas. Mendalami bidang rawatan dan pengobatan Islam, beliau telah di didik secara asas oleh ayah beliau sendiri seterusnya mendalami ilmu perubatan Islam secara talaqqi oleh TNG Ustaz Abdul Majid Hassan (AKRINE) dan TNG Ustaz Haron Din (Darussyifa'). Di harap usaha-usaha yang dilakukan beliau bagi membantu masyarakat seterusnya dalam menyampaikan dakwah terus berkembang dan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah S.W.T. Beliau terus mendalami bidang ilmu hadis dalam kajian tesis beliau dalam Kajian Hadis berkaitan Jin dan Syaitan. Moga Allah permudahkan
Sabtu, 15 Jun 2013
Majlis Zikir dan Solat Hajat
Pusat rawatan Islam NasrSyifa akan mengadakan majlis
zikir dan solat hajat setiap hari Sabtu jam 6:00 petang
Aturcara Majlis
6:00pm - 7:00pm - Persediaan Solat Maghrib
7:30pm - 8:00pm - Solat Maghrib Berjemaah
8:00pm - 8:10pm - Solat Hajat
8:10pm - 8:45pm - Bacaan Surah Yassin dan Zikir
8:45pm - 9:00pm - Solat Isya Berjemaah
Pesakit dan orang ramai dijemput hadir bersama dimajlis ini dan digalakkan membawa air untuk diruqyah.
Jumaat, 14 Jun 2013
Selamat Datang ke Blog Nasr Syifa
Alhamdulillah, dengan izin Allah kini telah tertubuh sebuat Pusat Rawatan Islam bagi merawat penyakit fizikal dan rohani.. semoga dengan tertubuhnya pusat rawatan ini dapat membantu masyarakat dari sudut rawatan Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)