Ahad, 16 Jun 2013

Pengasas Pusat Rawatan Islam Nasrussyifa'

USTAZ ABU SALSABILA
Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Hj Nasri Bin Sarip merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam NasrusSyifa'.Beliau mendalami Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendalami pengajian Hadis di UKM. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Lembaga Zakat Selangor serta seorang pembimbing / pendakwah / penceramah bebas. Mendalami bidang rawatan dan pengobatan Islam, beliau telah di didik secara asas oleh ayah beliau sendiri seterusnya mendalami ilmu perubatan Islam secara talaqqi oleh TNG Ustaz Abdul Majid Hassan (AKRINE) dan TNG Ustaz Haron Din (Darussyifa'). Di harap usaha-usaha yang dilakukan beliau bagi membantu masyarakat seterusnya dalam menyampaikan dakwah terus berkembang dan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah S.W.T. Beliau terus mendalami bidang ilmu hadis dalam kajian tesis beliau dalam Kajian Hadis berkaitan Jin dan Syaitan. Moga Allah permudahkan

1 ulasan:

  1. kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang berkaitan memang saya syorkan untuk datang ke pusat rawatan ini. Jangan tanya samada berjaya atau tidak...tetapi bertanyalah samada kita dah berusaha atau belum...
    selainnya kita berserah kepada Allah. ustaz ustaz disini sangat perihatin dan berusaha bersungguh sungguh untuk memberi rawatan...jangan lupa untuk memberi sumbangan yang berpatutan...sesungguhnya Allah nampak atau melihat kesungguhan dari diri kita sendiri.Insya Allah....

    BalasPadam