Ahad, 16 Jun 2013

Pengasas Pusat Rawatan Islam Nasrussyifa'

USTAZ ABU SALSABILA
Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Hj Nasri Bin Sarip merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam NasrusSyifa'.Beliau mendalami Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendalami pengajian Hadis di UKM. Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Lembaga Zakat Selangor serta seorang pembimbing / pendakwah / penceramah bebas. Mendalami bidang rawatan dan pengobatan Islam, beliau telah di didik secara asas oleh ayah beliau sendiri seterusnya mendalami ilmu perubatan Islam secara talaqqi oleh TNG Ustaz Abdul Majid Hassan (AKRINE) dan TNG Ustaz Haron Din (Darussyifa'). Di harap usaha-usaha yang dilakukan beliau bagi membantu masyarakat seterusnya dalam menyampaikan dakwah terus berkembang dan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah S.W.T. Beliau terus mendalami bidang ilmu hadis dalam kajian tesis beliau dalam Kajian Hadis berkaitan Jin dan Syaitan. Moga Allah permudahkan

Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Zikir dan Solat Hajat

Pusat rawatan Islam NasrSyifa akan mengadakan majlis zikir dan solat hajat setiap hari Sabtu jam 6:00 petang
Aturcara Majlis
6:00pm - 7:00pm - Persediaan Solat Maghrib
7:30pm - 8:00pm - Solat Maghrib Berjemaah
8:00pm - 8:10pm - Solat Hajat
8:10pm - 8:45pm - Bacaan Surah Yassin dan Zikir
8:45pm - 9:00pm - Solat Isya Berjemaah
Pesakit dan orang ramai dijemput hadir bersama dimajlis ini dan digalakkan membawa air untuk diruqyah.

Jumaat, 14 Jun 2013

Selamat Datang ke Blog Nasr Syifa

Alhamdulillah, dengan izin Allah kini telah tertubuh sebuat Pusat Rawatan Islam bagi merawat penyakit fizikal dan rohani.. semoga dengan tertubuhnya pusat rawatan ini dapat membantu masyarakat dari sudut rawatan Islam.